Thursday, February 3, 2011

Apa bisnes untuk menjadi berjaya..

Aku asyik terfikir-fikir apa yang dorang buat ni sampai jadi kaya macam ni..pakai jin ka atau tikam nomborka..tapi mereka ni semuanya manusia biasa yang pernah gagal dan rugi dalam perniagaan. Namun keinginan untuk berjaya yang membuatkan mereka terus maju kehadapan..Ini adalah senarai orang terkaya di Malaysia setakat 2010 dan di antara bisnis yang mereka lakukan..

1. Robert Kuok, RM42.76 billion

Beliau pemilik Kuok Group. Peniagaan utamanya adalah menghasilkan gula. Menguasai 80% pasaran gula di Malaysia dan 10% di dunia.

















2. Ananda Krishnan, RM27 billion

Peniagaan utamanya adalah seperti hiburan (Astro), space (3 Satelit), minyak, tenaga, perkapalan, telekomunikasi (Maxis - Malaysia, Aircell - India), properti dan permainan (Pan Pools Malaysia)








3. Tan Sri Lee Shin Cheng, RM11.92 billion

Beliau terlibat dalam industri perladangan iaitu Pengerusi Eksekutif IOI Corporation Berhad (atau dikenali sebagai IOI Group).




4. Tan Sri Teh Hong Piow, RM10.86 billion

Beliau adalah Chairman Public Bank Berhad.



5. Tan Sri Lim Kok Thay, 55 RM10.38 billion

Beliau adalah Chairman, Presiden and Chief Executif Genting Group.


6. Tan Sri Quek leng Chan, RM7.09 billion


Beliau adalah Ketua Hong Leong Group Malaysia.



7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, RM6.01 billion



Beliau ni mempunyai bisnis yang pelbagai. Diantaranya adalah pengangkutan dan logistik, Perladangan, Pembangunan Properti, pertahanan dan alatan ketenteraan dan juga pemilik Yayasan Al-Bukhary. Antara syarikat lainnya adalah seperti MMC Corporation, Johor Port, Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd, Bukhari Shipping, Spark Manshop, Amtek Holdings dan banyak lagi..


8. Puan Sri Lee Kim Hua, RM4.4 billion

Isteri kepada Tan Sri Dato Seri (Dr.) Lim Goh Tong iaitu pengasas Genting Highlands.



9. Tan Sri Tion Hiew King, RM3.5 billion

Beliau ini adalah pengasas dan Pengerusi Rimbunan Hijau Group.


10. Tan Sri Vincent Tan, RM3.29 billion

Beliau ni pula Pengerusi dan Ketua Eksekutif syarikat Berjaya Corporation Berhad.


Itu adalah antara perniagaan urtama atau 'core business' mereka. Banyak lagi perniagaan dan syarikat mereka ni. Cerita satu page ni tak habis punya..apa pun mereka ni kebanyakannya bermula dari '0'. Kita tak akan ke mana selagi kita tak melangkah...

No comments:

Post a Comment