Thursday, September 6, 2012

10 Universiti Termahal Di Dunia 2012

Musim budak budak masuk university sekarang ni..teringat pla waktu masuk U dulu..susah bukan main..duit memang kurang..nasib ada biasiswa tanggung..kalau macam sekarang pakai duit PTPTN akibat menanggung hutang sampai sekarang…syukur Alhamdulillah..Kalau aku orang kaya mesti mak bapak aku bagi sekolah kat university yang termahalkan..jadi kalau anak orang kaya tu di bawah ni ada senarai 10 universiti termahal di dunia setakat tahun 2012.
10. Wesleyan University
Setiap pelajar membayar yuran pengajian sebanyak RM120,901.00 dengan yuran residential sebanyak RM34188.00. Juga menawarkan kemudahan pelan pembayaran tanpa faedah untuk tempoh 10 bulan.
9. St. John’s College
Kolej St. John’s merupakan salah satu universiti termahal di dunia dengan menyediakan yuran sebanyak RM153,886.00 termasuk yuran tuisyen, buku, belanga peribadi dan yuran penginapan. Namun ia menawarkan pakej bantuan berjumlah RM80,800.00 setahun.
8. Columbia University
Pelajar university ini biasanya membayar RM161,261, namun pelajar mendapat bantuan purata RM93,240.00.
7. Colgate University
Terletak di New York, Universiti Colgate adalah kolej liberal seni yang menawarkan kos pengajian sebanyak RM122,905.00 setahun.
6. Carnegie Mellon University
Unversiti ini menawarkan yuran sebanyak RM124,320.00 setahun. Namun ia membenarkan pelajarnya mengambil kelebihan dalam pelan pembayaran untuk membayar yuran mereka tanpa bunga selama 10 bulan.
5. Bucknell University
Universiti Bucknell menawarkan yuran sebanyak RM150,365.00 setahun untuk pelajarnya termasuk bilik dan penginapan, pelancongan, buku dan belanja peribadi.
4. Vassar College
Vassar pula universiti untuk golongan elit dan kaya di mana ia menawarkan yuran tahunan sebanyak RM153,069.00. Namun banyak bantuan kewangan disediakan dan ramai yang memilikinya walaupun bukan dari golongan kaya.
3. Kenyon College
Kolej Kenyon pula menawarkan yuran pengajian sebanyak RM145,547.00. Namun sebanyak 70% pelajarnya mendapat bantuan kewangan dan 24% pula melalui biasiswa.
2. George Washington University
Yuran pengajian di sini adalah sebanyak RM164,724.00 termasuk kos untuk buku, tuition, penginapan, dan belanja keperluan lain. Namun menawarkan bantuan kewangan sebanyak RM69,930.00
1. Sarah Lawrence College
Dalam tahun 2010, university ini merupakan kedua termahal di dunia namun dengan kos pengajian sebanyak RM 165,190.00 setahun menjadikannya university termahal pada masa kini. Kos ini termasuk RM5,811.00 untuk insurance.
Sekolah mahal mahal ni biasanya dapat kerja yang baik. Tapi kalau nda belajar sama juga tak sekolah..hehe..yang penting kemahuan untuk maju..Study pun jangan terlampau bro..wat rilek ja..mcm Bill Gates tu..kaya sakan..